Taman Connaught

Taman Connaught merupakan bandar utama di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman Connaught kini telah membangun dengan adanya Universiti swasta iaitu UCSI Taman Connaught, pusat beli-belah Giant, restoran Fast Food dan sebagainya. Kini kebanyakan warga asing yang berada di sekitar kawasan Taman Connaught adalah terdiri daripada warga Afrika dan Timur Tengah yang kebanyakannya sedang mengikuti pendidikan tinggi.Taman Connaught juga merupakan ibu pejabat Siti Nurhaliza Productions milik penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza.